1. N9 Stick Factory

  • Kafe N9 Stick Factory yang terletak di Seremban 2 ini merupakan kafe hipster yang bertemakan kilang. Reka bentuknya sangat unik kerana kafenya diperbuat daripada kontena. Kafe N9 Stick Factory menghidangkan steamboat berharga RM1 secucuk yang kini menjadi tarikan hebat di sana. Minuman yang patut anda cuba jika datang ke sini adalah Apple Polluted yang dikatakan sedap dan sangat lain daripada jus epal biasa.

    Menariknya lagi, kafe ini juga menyediakan perkhidmatan pengendalian majlis seperti perkahwinan, sambutan harijadi dan sebagainya. Buat anda yang inginkan majlis perkahwinan yang berkonsepkan hipster, moden atau taman mungkin kafe ini pilihan yang tepat. Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

    Status: Halal

    Alamat: No 99, 2, Persiaran S2 B1, Seremban, Malaysia
    Waktu Operasi: 6 petang – 12 malam (setiap hari)
    No. Telefon: +6016-334 4149 | +6012-333 5163

2. Cloudland

  • Menjamu selera di Cloudland pasti memberi kelainan kepada anda semua. Di sini, pelanggan bukan sahaja dihidangkan makanan yang menarik malah halwa telinga turut dihidangkan dengan alunan muzik yang awesome. Ini kerana, kafe ini turut mempunyai DJ dan pemuzik yang menghiburkan anda ketika anda sedang berbual bersama teman-teman. Memang cool habis!

    Cloudland menyediakan makanan yang berasaskan western dan menghidangkan minuman istimewa yang diberi nama Xoda. Ia didatangkan dengan pelbagai jenis warna dan rasa. Rekaan dalamannya pula sangat minimalis dan trendy. Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

    Status: Halal

    Alamat: 528-1, Jalan Bandar Senawang 18, Seremban.
    Waktu Operasi: 3 petang – 12 malam (setiap hari)
    No. Telefon: +6019-358 5882

  3. Cafe Lavinda

  • Tidak hanya menyediakan makanan western, Cafe Lavinda juga menyediakan makanan-makanan yang bercirikan asia. Anda boleh dapatkan apa saja di sini termasuklah ayam golek, kek, makaroni, nasi goreng, chicken chop dan menu paling istimewa iaitu Spanish meatball.

    Selain meatball, ayam panggang peri-peri dan percik juga pasti membuat anda tersenyum ketika menjamahnya. Ia dihidangkan dalam keadaan masih panas berserta kuah sos yang pasti membangkitkan nafsu makan anda. Jika anda peminat kopi, pastikan anda cuba kopi di sini! Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

    Status: Halal

    Alamat: No. 536, Jalan Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang
    Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam ( cuti pada Khamis)
    No. Telefon: +6013-622 6293

 kredit : says.com

[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]