
Menurut petikan di MyMetro, Satay Tulang Jelebu di usahakan oleh Abu Mansor Abu Sammah, 42 dan dicipta oleh datuknya sebelum merdeka. Resepi Satay Tulang Jelebu ini merupakan resepi turun termurun selama 60 tahun.Kawasan gerai nampak sahaja kecil, tetapi dalam pukul 7 petang gerai ini akan dibanjiri manusia!
“Ingat sampai bila bila”
Satay Tulang Jelebu yang menggunakan trademark
“Ingat sampai bila bila” turut menjual sate ayam dan daging dan juga nasi impit. Memang tak lengkap la kalau makan sate tak ada nasi impit.
Harga sate untuk setiap cucuk di gerai Satay Tulang Jelebu seperti berikut:-
- Sate Tulang : RM1.10
- Sate Ayam : RM0.70
- Sate Daging : RM0.70
- Nasi Impit : RM1.00
Memandangkan kami ni geng-geng tamak haloba, (hahaha) kami hanya order 20 cucuk sate tulang dan 20 cucuk sate ayam.
Tapi bagi mereka yang tidak biasa makan tulang mungkin agak sukar nak makan sate tulang. Sate tulang kalau tak pandai makan, mungkin akan menyebabkan pembaziran.
Tapi kalau anda mempunyai gigi yang kuat memang sate tulang ini boleh digigit sampai hancur walaupun tulangnya kasar.
Sate Tulang
Sate Ayam

Perbezaan size sate tulang dan sate ayam di Satay Tulang Jelebu, Senawang.
Bagi peminat sate, ini merupakan destinasi wajib singgah bagi anda. Kalau tak sempat nak makan di sana, bungkus pun boleh. Bagi kami sate tulang ini memang sedap, cuma kadang-kadang tercekik juga admin makan tulang….Tetapi rempah yang digunakan dalam resepi sate bakar ini memang ternyata sedap. Kuah kacangnya pun boleh tahan. Selamat mencuba ya!
Satay Tulang Jelebu
No 123G, Jalan Komersial 5,
Dataran Senawang, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : 5 petang – 3 pagi
kredit : myselera.com
Recent Comments